TAUTAN (KOHESI)
Tautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan satu unsur linguistik yanglain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap.
Tautan juga bermaksud kesepaduan dalam penulisan. Keserasian hubungan kebiasaannya dapat dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan, frasa atau ayat, perenggan dengan perenggan, frasa atau ayat yang lain dalam wacana yang sama.
Hal ini akan menyebabkan wujudnya pertalian antara ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan dan isi dengan isi.
Menurut Hassan dan Halliday, makna tautan dilihat daripada dua sudut, iaitu
tautan nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini dapat dilihat dalam sesuatu
kesatuan teks. Menurut mereka lagi, terdapat lima ciri tautan, iaitu:

1. Pronomina atau kata ganti
ü Merujuk kepada kata ganti bagi diri, petunjuk dan lain-lain.
2. Substitusi
ü Hubungan ayat yang bersifat gramatikal, iaitu melihat hubungan antara kata dengan makna.
ü Terbahagi kepada kata nama, kata kerja, klausa dan campuran.
3. Elipsis
ü Proses atau hasil penggantian unsur bahasa oleh unsur pembeza atau menjelaskan sesuatu tertentu.
ü Bermaksud pengulangan struktur linguistik dan unsur yang sama tetapi menghilangkan sebahagian daripada ujaran ( Mohd Rashid Md Idris)
ü Beberapa cara melakukan elipsis seperti elipsis kata nama dan elipsis pengguguran kata kerja.
4. Konjungsi atau penghubung
ü Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa, ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan.
5. Leksikal
ü Mementingkan kosa kata serasi yang digunakan dalam frasa, ayat atau perenggan.
TAUTAN KOLOKASI
Dalam tugasan ini, pengkaji hanya memfokuskan kajian terhadap analisis tautan
kolokasi sahaja. Ia terdiri daripada empat jenis tautan kolokasi yang dianalisis dalam
pantun Melayu. Misalnya, tautan kolokasi antoniman, tautan kolokasi antoniman,
tautan kolokasi hasil dan tautan kolokasi sifat.
Tautan kolokasi tidak melibatkan unsur linguistiknya berulang bentuk dan makna.
Tautan jenis ini merujuk kepada konteksnya, iaitu kehadiran sesuatu linguistik
dengan yang lain antara dua unit teks. Kehadiran ini melibatkan domain makna.
Berdasarkan domain makna inilah kehadiran unsur linguistik yang terlibat
diperincikan kepada empat jenis, iaitu:

Tautan kolokasi terbahagi kepada empat jenis, iaitu:-
1. Antoniman -Tautan kolokasi antoniman bermaksud hubungan kerebadaan unsur tautan yang bercirikan makna berlawanan.
2. Kehiponiman-Tautan kolokasi kohiponiman pula merujuk kepada keberadaan hubungan makna unsur yang bertaut. Terdapat hubungan sama ada sebahagian unsur atau menyeluruh.
3. Hasil -
Kolokasi hasil yang bermaksud tautan yang melibatkan keberadaan hubungan makna unsur tautan yang satu menghasilkan yang lain.

4. Sifat -
Tautan kolokasi sifat bermaksud keberadaan hubungan makna unsur tautan yang menjadi punca sifat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan