Berikut merupakan salah satu tugasan individu dalam kursus ini. Kami muatkan dalam laman ilmu ini untuk rujukan pengunjung blog.
Tautan Penghubung Ayat
Tautan penghubung ayat merupakan penanda wacana yang berfungsi sebagai kata atau frasa penghubung. Dalam hal ini, kata atau frasa penghubung berfungsi sebagai ‘jambatan’ atau medium yang membantu individu untuk membaca dengan lancar. Tautan penghubung ayat terbahagi kepada lima iaitu penghubung ayat tambahan, penghubung ayat tentangan, penghubung ayat sebab musabab, penghubung ayat waktu, dan penghubung ayat terusan.
Penghubung ayat tambahan merupakan inti atau butiran yang memberikan tambahan kepada sesuatu perkara yang diutarakan oleh penyampai. Ciri menambah ini juga termasuk penegasan dan pisahan atau pilihan. Hal ini boleh difahami dengan lebih jelas berdasarkan contoh-contoh berikut;
Contoh 1: Milah amat menyayangi anaknya, Fiza, justeru merancang untuk memberikannya seutas rantai emas.
Contoh 2: Penggunaan teknologi dan bahan maujud dalam sesi pengajaran di dalam bilik darjah amat penting bagi merangsang minat murid.
Contoh 3: Syima baru balik dari tempat kerjanya. Sesampainya dia di rumah, Syima terus mencapai tuala lalu bergegas ke bilik mandi.
Jenis tautan penghubung ayat yang kedua pula ialah penghubung ayat tentangan. Penghubung ayat jenis ini ialah pernyataan yang berlawanan atau bertentangan. Hal ini boleh dilihat dengan jelas melalui kata hubung yang menunjukkan kontra. Hal ini boleh difahami melalui contoh-contoh berikut:
Contoh 1: Anita bercadang untuk tinggal di Amerika dalam tempoh yang lebih lama tetapi ibunya menyuruh dia pulang ke tanahair untuk menguruskan syarikat mereka.
Contoh 2: Syarikat penerbangan Airasia Six menyediakan potongan harga bagi setiap tiket yang dibeli oleh penumpang. Walaubagaimanapun, pihak penerbangan tersebut tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan penumpang atau kehilangan tiket kapal terbang.
Contoh 3: Sungguhpun perbicaraan telah dilakukan sebanyak dua kali di mahkamah, kes tersebut masih tidak dapat diselesaikan.
Jenis tautan penghubung ayat yang ketiga pula ialah penghubung ayat sebab musabab. Jenis penghubung ayat ini menggabungkan dua unsur yang berkaitan. Contoh bagi tautan jenis ini ialah oleh itu, oleh sebab itu, akibatnya, dan kesannnya. Berikut merupakan beberapa ayat yang boleh dijadikan contoh:
Contoh 1: Mizan telah menyedari akan kesilapannya yang selalu bercakap kasar terhadap ayahnya. Oleh itu, dia bergegas pulang ke kampung untuk memohon maaf.
Contoh 2: Kaki Ganesh cedera kerana terpijak paku sewaktu membersihkan stor di belakang rumahnya. Oleh sebab itu, Ganesh tidak dapat menyertai kejohanan bola tampar di sekolah.
Contoh 3: Faizal menunggang motosikal melebihi had laju yang telah ditetapkan. Akibatnya, dia telah terlanggar tiang lampu jalan dan terjatuh ke dalam longkang.
Jenis penghubung ayat yang keempat ialah penghubung ayat waktu. Penghubung ayat jenis ini merujuk kepada pertautan yang melambangkan tempoh, jangka masa, atau waktu. Hal ini boleh dilihat dengan jelas dalam ayat melalui penggunaan kata yang menunjukkan urutan, sertaan, kesimpulan, atau lampauan. Sebagai contoh:
Contoh 1: Sebelum ini, rumah tersebut kelihatan sangat cantik.
Contoh 2: Selepas beberapa tahun ditinggalkan kosong, rumah tersebut kelihatan buruk dan menakutkan.
Contoh 3: Pada mulanya, Ahmad seorang yang sangat pendiam.
Jenis tautan penghubung ayat yang terakhir ialah penghubung ayat terusan. Penghubung jenis ini tidak termasuk dalam mana-mana empat jenis penghubung ayat yang dibincangkan sebelum ini. Penghubung ayat terusan mempunyai maksud unsur sebelum dan selepas dalam hubungan penerusan. Dalam sistem fonologi, bacaan teks yang berkaitan adalah bernada rendah. Sebagai contoh:
Contoh 1: Kini, sudah dua tahun kapal terbang MH370 hilang daripada radar.
Contoh 2: Pada tahun ini, kerajaan berhasrat untuk mengurangkan statistik kemalangan jalan raya. Selaras dengan itu, pihak kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen kesedaran dan operasi di jalan raya.
Contoh 3: Pada hari itu, wajah Kila kelihatan sugul. Lazimnya, dia seorang yang ceria.
Bibliografi
Mohd. Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob (2012). Analisis wacana berdasar teks komsas terpilih. Perak: Emeritus Publication.
Mohd. Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob (2012). Tatabahasa wacana. Perak: Emeritus Publication.
Mohd. Rashid Md Idris (2007). Monograf bahasa Melayu. Kuala Lumpur: ACH Communications Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood (2010). Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sanat Md. Nasir (2002). Tautan dalam wacana bahasa Melayu akhbar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Sabtu, 30 April 2016
Jumaat, 29 April 2016
Penanda Wacana Dalam Teks
Berikut juga merupakan salah satu tugasan individu dalam kursus ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.
Fungsi Penanda Wacana
Fungsi Penanda Wacana
Penanda
wacana ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan
maklumat yang lain dalam wacana. Penanda wacana dapat dikategorikan kepada empat
jenis pula, iaitu maksud tambahan, maksud tentangan, maksud musabab, dan maksud
tempoh.
Di dalam tugasan kali ini saya akan
menerangkan dengan lebih lanjut mengenai fungsi-fungsi penanda wacana di dalam
ayat iaitu menunjukkan maksud tambahan, maksud tentangan, maksud musabab, dan
maksud tempoh.
1. Penanda
wacana menunjukkan maksud tambahan
Penanda
wacana yang menunjukkan maksud tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat
tambahan kepada sesuatu
perkara yang telah
diperkatakan sebelumnya. Antara penanda jenis ini ialah;
v Dan
v Lalu
v Demikian juga
v Dengan kata lain
v Oleh itu
v Dengan demikian
|
v Selain itu
v Selanjutnya
v Disamping itu
v Sigkatnya
v Tambahan pula
v Malahan
v Lebih-lebih lagi
|
Berikut adalah contoh-contoh ayat
yang menggunakan penanda wacana menunjukkan maksud tambahan dalam ayat
i. Setiap hari dalam musim tengkujuh
sekarang ini hujan sahaja. Hari ini, hujan yang turun
sejak waktu subuh tadi bukannya reda, malahan lebih lebat.
sejak waktu subuh tadi bukannya reda, malahan lebih lebat.
ii. Membaca merupakan suatu amalan yang baik
jika di amalkan. Selain itu, membaca
juga
dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang.
dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang.
iii. Guru besar menyampaikan ucapan dan kata
alu-aluan. Selanjutnya, beliau
merasmikan
majlis tersebut.
majlis tersebut.
Dalam
ayat tersebut penanda wacana merujuk kepada maksud tambahan berfungsi
menggabungkan maklumat yang baharu dengan maklumat yang lama seperti yang
terdapat di dalam ayat tersebut.
2.
Penanda Wacana Untuk Menunjukkan maksud Tentangan atau Sebaliknya.
Penanda Wacana Untuk Menunjukkan maksud Tentangan atau Sebaliknya.
Penanda
Wacana tentangan pula
ialah penghubung wacana yang menunjukkan
wujudnya pertentangan maklumat
antara satu maklumat yang baharu dengan
maklumat sebelumnya dalam wacana yang sama. Contoh penanda wacana untuk
menunjukkan maksud tentangan atau sebaliknya ialah;
v Tetapi
v Sungguhpun
v Walaupun
v Walau bagaimanapun
v Namun demikian
v Sekiranya tidak
|
v Berbanding dengan
v Berbeza daripada
v Melainkan
v Jika dibandingkan
v Sekiranya tidak
v Sebaliknya dalam masa yang sama
|
Berikut
adalah contoh-contoh ayat yang menggunakan penanda wacana menunjukkan maksud
tentangan atau sebaliknya.
i. Dia sudah tiga bulan berhenti merokok. Namun, sekali-sekala, apabila melihat
rakan-rakan
sepejabatnya merokok, terasa ingin kembali ia hendak menghisapnya.
sepejabatnya merokok, terasa ingin kembali ia hendak menghisapnya.
ii. Pihak Kementerian Kesihatan sering mengeluarkan
panduan serta langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit kronik kepada orang
ramai dari semasa ke semasa.Walau
bagaimanapun, sebilangan orang ramai masih lagi memandang sepi akan usaha ini.
Ayat diatas menunjukkan bahawa perkataan “namun” dan “walau bagaimanapun” untuk menghubungkan ayat tunggal dan ayat majmuk. Secara yang lebih muda, perkataan diatas menunjukkan pembentukan seperti berikut.
Ayat
tunggal: Dia sudah tiga bulan berhenti
merokok.
Ayat majmuk: Sekali-sekala, apabila melihat rakan-rakan sepejabatnyamerokok, terasa ingin kembali ia hendak menghisapnya.
Ayat majmuk: Sekali-sekala, apabila melihat rakan-rakan sepejabatnyamerokok, terasa ingin kembali ia hendak menghisapnya.
Penanda
wacana: namun
Ayat
tunggal: Sebilangan orang ramai masih
lagi memandang sepi akan usahaini.
Ayat
gabungan: Pihak Kementerian Kesihatan
sering mengeluarkan panduanserta langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit kronik
kepada orangramai dari semasa ke semasa
Penanda
Wacana : Walau bagaimanapun
3. Penanda
wacana untuk menunjukkan sebab
Penanda
wacana penghubung musabab ialah penanda wacana yang merupakan sebabberlakunya
sesuatu. Contoh penanda wacana jenis ini ialah;
v Jadi
v Oleh itu
v Kerana itu
v Oleh sebab itu
v Oleh hal yang demikian
v Akhirnya
v Akibatnya
v Sebagai akibat
v Akibat daripada
v Kesudahannya
v Hasil daripada
|
v Inilah sebabnya
v Berdasarkan
v Berasaskan
v Bagi tujuan ini
v Kerana
v Oleh sebab
v Sekiranya begitu
v Dalam keadaan ini
v Kesimpulannya
v Keputusannya
v Rumusan daripada
|
Berikut adalah
contoh-contoh ayat yang menggunakan penanda wacana menunjukkan sebab.
Contohnya:
i.
Bahasa
Melayu termaktub dalam
perlembagaan sebagai bahasa
kebangsaan danbahasa rasmi
negara. Oleh yang demikian, kita
harus tidak ragu-ragu menggunakanbahasa tersebut dalam semua bidang dan urusan.
ii.
Semua pihak harus menyahut seruan
Perdana Menteri agar berjimat serta berhematberbelanja. Dengan ini, kegiatan penabungan wang dapat dibuat.
iii.
Sebelum memulakan perjalanan, kita patut
memastikan kenderaan dalam keadaan baik.
Ketika memandu kenderaan,
wajarlah memandunya dengan
cermat sertamematuhi arahan trafik daripada papan
tanda jalan raya. Maka itu,
kemalangan dapatdielakkan dan jiwa kita selamat
Ayat i.
kita
harus tidak berasa
ragu-ragu untuk menggunakan
bahasa Melayu dalam semua bidang dan urusan kerana jaminan bahawa bahasa Melayu
itu sudah termaktub dalam perlembagaan, yakni telah diangkat sebagai bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan negara.
Ayat ii.
kegiatan penabungan wang dapat dibuat jika semua
pihak berbelanjasecara cermat dan berhemat menurut saranan Perdana Menteri.
Ayat iii.
kemalangan jalan raya dapat dielakkan dan jiwa akan
selamat kerana kita memandu kenderaan dengan cermat, mematuhi papan tanda jalan
raya, serta kenderaan yang digunakan berkeadaan baik. Maka menjadi penanda
penghubung musabab dalam ayat ini.
4.
Penanda Wacana Yang menunujukkan Maksud
Ketika atau tempoh.
Penanda
penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau
siri berlakunya sesuatu perkara atau hal. Contoh penanda wacana jeni ini ialah;
v Selepas itu
v Berikutan itu
v Pada ketika itu
v Pada masa ini
v Kini
v Pada masa yang sama
v Seterusnya
v Sejurus selepas itu
v Akhirnya
v Pada mulanya
v Pertamanya
v Pada zaman
v sementara
|
v dengan serta-merta
v sejenak selepas itu
v lama-kelamaan
v buat kali terakhir
v pada kali kedua
v sementara itu
v pada saat ini
v kemudiannya
v sebagai permulaan
v sebagai pendahuluan
v sebagai penutup
v merujuk kepada
|
i.
Pertama
selekoh di situ sungguh berbahaya, kedua
papan tanda amaran telah tiada lagi, dan ketiga
jalan rayanya licin.
ii.
Apabila dilihat oleh mereka guru
disiplin sekolah tiba, maka semua murid yang berbuat bising
itu segera diam.
iii.
Mula-mula
dikepalnya ubi tumbuk ini kecil-kecil, kemudian
dimasukkannya kedalam mulut, lalu
dikunyahnya lumat-lumat, akhirnya
ditelannya dengan cermat.
Maklumat
yang dipaparkan dalam ayat (i) – (iii) digabungkan secara berurutan satu demi
satu dengan menggunakan penanda urutan lalu membentuk gabungan ayat yang utuh dan
bermakna.
Dalam
ayat (i), maklumat-maklumat tentang selekoh berbahaya, papan tanda amaran dan
jalan raya licin digabungkan dengan menggunakan penanda tempoh pertama, kedua
dan ketiga.
Dalam
ayat (ii) pula, penanda wacana tempoh maka menggabungkan maklumat urutan masa
murid-murid melihat guru disiplin sekolah tiba, dengan masa tindakan
murid-murid segera diam.
Ayat
ke iii pula, memaparkan dan menggabungkan urutan maklumat secara tersusun satu
demi satu, iaitu bermula dari ubi tumbuk itu dikepal, dimasukkan ke dalam
mulut,dikunyah hinggalah kepada tindakan yang terakhir, iaitu menelannya dengan
cermat, dengan menggunakan penanda wacana
penghubung tempoh kemudian,
lalu, dan akhirnya.
BIBLIOGRAFI
Andri Wicasono
dan Ahmad Subhan Roza. (2015). Teori
Pembelajaran Bahasa (Suatu
Catatan Singkat). Yogyakarta. Penerbit Garudhawaca.
Catatan Singkat). Yogyakarta. Penerbit Garudhawaca.
Asmah Haji Omar. (2008). Nahu Kemas Kini Panduan Bahasa Yang Baik. Kuala Lumpur.
Publishing Sdn Bhd.
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul dan Adenan Ayob.(2012).
Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim Perak. Emeritus Publications.
Nik Safiah
Karim, Farid M Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood.(2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri.(1997). Tatabahasa Melayu. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.
ANALISIS TAUTAN KOLOKASI DALAM PANTUN MELAYU
AHLI KUMPULAN:
NAMA
|
NO.
MATRIK
|
SYAKINA
BINTI SALLEH
|
D20131063259
|
TANIA
ELIAS IDRIS
|
D20131063242
|
NUR
SHAFIRA BT SHARULLAIN
|
D20131063364
|
ANGELA
JENGAM
|
D20131063389
|
KUMPULAN D
(KUMPULAN 6)
PROF. MADYA
DR. HJ. MOHD RASHID BIN HJ. MD IDRIS
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
SEMESTER 1
SEMESTER 1
2015/2016
SENARAI KANDUNGAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1
PENGENALAN
1.2
OBJEKTIF KAJIAN
1.3
PERSOALAN KAJIAN
1.4
METODOLOGI KAJIAN
BAB 2 DAPATAN KAJIAN
TAUTAN
KOLOKASI DALAM PANTUN MELAYU
2.1
TAUTAN KOLOKASI ANTONIMAN
2.2
TAUTAN KOLOKASI KOHIPONIMAN
2.3
TAUTAN KOLOKASI HASIL
2.4
TAUTAN KOLOKASI SIFAT
2.5
ANALISIS KUANTITATIF ASPEK KOLOKASI DALAM PANTUN MELAYU
BAB 3 RUMUSAN
3.1 KESIMPULAN
PENGENALAN
Dalam
tugasan ini kumpulan kami telah memilih tajuk tugasan iaitu Analisis Tautan
Kolokasi Dalam Pantun Melayu. Halliday dan Hassan dalam Mohd Rashid Idris
(2004) mendefinisikan tautan sebagai ciri-ciri linguistik yang membantu
menghubungkan satu tautan ayat sebagai melahirkan suatu teks yang padu atau
memperlihatkan tautannya. Tatabahasa Dewan pula menyatakan tautan sebagai ciri
wacana yang membawa keserasian hubungan antara satu unsur linguistik yang lain
dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap.
Gutwinsky dalam Henry Tarigan menambahkan tautan
sebagai hubungan antara kalimat di dalam sebuah wacana baik dalam tingkat
gramatikal mahupun dalam tingkat leksikal tertentu. Rumusannya, tautan
bermaksud hubungan antara ayat yang saling berkaitan dalam tingkat ayat atau
ujaran gramatis serta tingkat leksikal tertentu. Dalam tugasan ini kumpulan
kami hanya memfokuskan kajian terhadap analisis tautan kolokasi sahaja, dimana
ia adalah terdiri daripada empat jenis tautan kolokasi yang di analisis di
dalam Pantun Melayu. Misalnya, tautan kolokasi antoniman, tautan kolokasi
antoniman, tautan kolokasi hasil dan tautan kolokasi sifat.
Tautan kolokasi tidak melibatkan
unsur linguistiknya berulang bentuk dan makna.Tautan jenis ini merujuk kepada
konteksnya, iaitu kehadiran sesuatu linguistik dengan yang lain
antara dua unit
teks. Kehadiran ini
melibatkan domain makna. Dengan berdasarkan domain makna
inilah kehadiran unsur linguistik yang terlibat diperincikan kepada empat
jenis, iaitu:
a) Tautan
Kolokasi Antonomi
Tautan
ini menunjukkan kehadiran unsur tautan yang bercirikan makna yang berlawanan.
Contohnya:
1. Industri perindustrian tempatan
masa kini semakin
diperakui diperingkat
antarabangsa.
2. Berbanding
pada masa dahulu industri ini kurang mendapat tempat.
Unsur
‘dahulu’ dalam ayat (b) dikatakan bertaut secara kolokasi dengan unsur‘kini’
dalam ayat (a). Unsur tersebut merupakan unsur linguistik pada peringkat
kata yang menunjukkan hubungan makna yang bertentangan.
b) Tautan
Kolokasi Kohiponiman
Tautan ini
merujuk kepada kehadiran
hubungan makna unsur
pada peringkat superodinat dengan
ordinatnya atau antara hiponiman atau termasuk meronimi, yakni hubungan unsur
yang sebahagian dengan unsur yang
menyeluruh atau antara unsur sebahagian daripada entiti yang menyeluruh.
Contohnya:
1. Program tuisyen
mata pelajaran utama
bertujuan untuk membantu pelajar mempersiapkan diri untuk
menghadapi peperiksaan.
2. Pelajar yang lemah dalam Bahasa Melayu, Matematik Sains dan Bahasa Inggeris disarankan untuk menghadiri tuisyen itu secara percuma.
2. Pelajar yang lemah dalam Bahasa Melayu, Matematik Sains dan Bahasa Inggeris disarankan untuk menghadiri tuisyen itu secara percuma.
Unsur
dalam ayat (b) yang terdiri daripada kata dan frasa, iaitu ‘Bahasa
Melayu’,‘Bahasa Inggeris’, ‘Matematik’, ‘Sains’ dikatakan bertaut secara
kolokasi dengan frasa‘mata
pelajaran utama’ dalam
ayat (a). Tautan
ini melibatkan hubungan
makna hiponimi, iaitu antara superodinat dengan koordinatnya.
c) Tautan
Kolokasi Hasil
Tautan ini
melibatkan kehadiran hubungan
makna unsur tautan
yang satu menghasilkan yang
lain atau unsur
yang dihasilkan oleh
sesuatu entiti semantik.Contohnya:
1. Kanak-
kanak berusia lima tahun nyaris putus
tiga jari tangan kanan apabila mercun bola yang dipasangkan meletup secara tiba-
tiba.
2. Kejadian berlaku
kerana ada ibu
bapa yang berpendapat bahawa permainan bunga api
dan mercun merupakan
satu kemestian pada setiap kali perayaan.
Dalam
ayat (b) , unsur ‘ibu bapa’ yang terdiri daripada frasa juga bertaut
secara kolokasi dengan unsur ‘kanak-kanak’ dalam ayat (a) yang juga terdiri
daripada frasa.Tautan ini juga melibatkan hubungan makna hasil antara entiti, tetapi untuk
maksud yang sebaliknya, iaitu yang dihasilkan (kanak-kanak) mendahului yang
menghasilkan (ibu bapa).
d) Tautan
Kolokasi sifat
Tautan
ini merujuk kepada kehadiran hubungan makna antara unsur tautan yang menjadi punca sifat
dengan unsur sifat atau unsur
sifat daripada entiti punca
sifat. Contohnya:
1. Kempen mengharamkan
sajian makanan haram
bersama minuman halal yang
lain kepada pengunjung
Muslim telah diadakan
secara besar- besaran di negara itu.
2. Pihak hotel
perlu peka bahawa
Islam melarang umatnya
makan makanan yang memudaratkan bagi menjamin akhlak yang terpuji.
Dalam
ayat (b), unsur ‘Islam’ yang terdiri daripada kata bertaut secara
kolokasi dengan unsur ‘mengharamkan sajian makanan’ dalam ayat (a) yang terdiri
daripada frasa. Tautan ini melibatkan kehadiran
kata yang berlainan mewujudkan
hubungan makna sifat, iaitu antara entiti dengan sifatnya. Dalam contoh
ini, entiti (Islam) di dahului oleh sifatnya (mengharamkan sajian makanan
haram).
OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat
beberapa objektif dalam kajian ini iaitu ;
1. Mengenal
pasti tautan kolokasi antoniman dalam pantun Melayu.
2. Mengenal
pasti tautan kolokasi kohiponiman dalam pantun Melayu.
3. Menghuraikan
kolokasi hasil dan sifat dalam pantun Melayu.
PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah
terdapat tautan kolokasi antoniman dalam pantun Melayu?
2. Adakah
terdapat tautan kolokasi kohiponiman dalam pantun Melayu?
3. Adakah
terdapat kolokasi hasil dan sifat dalam pantun Melayu?
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi
kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan
penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah
kajian. Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah
kepustakaan.
1. Kaedah
Kepustakaan
Kaedah
kepustakaan ini merupakan kaedah yang berkaitan dengan pencarian
maklumat-maklumat umum dengan kata kunci bagi sesuatu kajian. Dalam kajian ini
pengkaji telah menggunakan Perpustakaan Tunku Bainun Universiti Pendidikan
Sultan Idris untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan bahan kajian dengan
sebanyak yang mungkin. Contohnya, buku-buku ilmiah, tesis dan jurnal yang
berkaitan dengan tajuk kajian.
2. Kaedah
Analisis Data
Kaedah
analisis data merupakan kaedah yang tidak asing dalam setiap kajian yang
dilakukan. Dengan kaedah analisis data, hasil sesuatu kajian akan
diperolehi. Kaedah ini merupakan satu
kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data yang diperoleh oleh pengkaji.
Dalam kajian ini pengkaji mengumpul data yang di perlukan itu dengan sebanyak
yang mungkin. Data-data yang di kumpulkan itu akan di masukkan ke dalam jadual
dan seterusnya data tersebut akan dipaparkan dalam bentuk graf.
DAPATAN
KAJIAN
1.0 TAUTAN KOLOKASI
1.1 TAUTAN KOLOKASI ANTONIMAN
Tautan kolokasi boleh dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian tersebut terdiri daripada kolokasi antoniman, kolokasi kohiponiman, kolokasi hasil, dan kolokasi sifat. Berdasarkan pantun yang dipilih, unsur tautan wujud dalam teks dan hubungan makna.
Kolokasi dalam tautan wujud menerusi dua cara. Cara
pertama ialah melalui perkaitan semantik. Hal ini boleh dilihat melalui
item-item leksikal yang selalu hadir secara serentak atau bersama. Cara kedua
adalah melalui makna rujukan umum yang berkaitan atau sama dan menerusi kata
berlawanan.
Tautan kolokasi antoniman diertikan sebagai tautan yang menunjukkan tanda berlawanan. Tautan jenis ini boleh diklasifikasikan sebagai tautan leksikal. Terdapat 16 buah pantun yang dikaji. Berikut merupakan pantun yang mempunyai contoh-contoh kolokasi antoniman.
Tautan kolokasi antoniman diertikan sebagai tautan yang menunjukkan tanda berlawanan. Tautan jenis ini boleh diklasifikasikan sebagai tautan leksikal. Terdapat 16 buah pantun yang dikaji. Berikut merupakan pantun yang mempunyai contoh-contoh kolokasi antoniman.
(1)
Anak
teruna bertemu dara,
Pertemuan diatur oleh keluarga;
Hidup di Malaysia pelbagai budaya,
Kerjasama dibina membawa kesejahteraan.
Pertemuan diatur oleh keluarga;
Hidup di Malaysia pelbagai budaya,
Kerjasama dibina membawa kesejahteraan.
(2)
Anak
muda pulang ke desa,
Ibu dan ayah lama menanti;
Warga membaca tak buang masa,
Khutub khanah teman sejati.
Ibu dan ayah lama menanti;
Warga membaca tak buang masa,
Khutub khanah teman sejati.
(3)
Dari
apa kue lemang,
Dari ketan yang dipanggang;
Waktu kecil kita ditimang,
Ayah ibu harus disayang.
Dari ketan yang dipanggang;
Waktu kecil kita ditimang,
Ayah ibu harus disayang.
(4)
Silau
mata bila melihat,
Panahan mentari di pagi hari;
Pemerintah adil disayangi rakyat,
Negara aman hidup harmoni.
Panahan mentari di pagi hari;
Pemerintah adil disayangi rakyat,
Negara aman hidup harmoni.
(5)
Sungguh
bermutu kayu jati,
Menjadi pilihan segenap masyarakat;
Pemimpin adil sangat dihormati,
Memakmurkan ummah dunia dan akhirat.
Menjadi pilihan segenap masyarakat;
Pemimpin adil sangat dihormati,
Memakmurkan ummah dunia dan akhirat.
(6)
Berakit
rakit ke hulu,
Berenang renang ke tepian;
Bersakit sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
Berenang renang ke tepian;
Bersakit sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
Rangkap
satu (R1) menunjukkan
kolokasi antoniman pada baris pertama iaitu ‘teruna’ dan ‘dara’.
Kolokasi tersebut terdapat dalam baris pertama pantun. Baris pertama pantun
empat kerat merupakan makna pembayang bagi sesebuah pantun. Secara keseluruhan,
pantun tersebut membawa maksud rakyat Malaysia yang mempunyai kepelbagaian
budaya mestilah bekerjasama dalam semua aspek bagi mengekalkan kesejahteraan
dan keamanan negara.
Bagi rangkap dua (R2), kolokasi antoniman
terletak pada baris kedua iaitu ‘ibu’ dan ‘ayah’. Kolokasi antoniman ini terletak pada baris kedua pantun dan
merupakan unsur pembayang dalam pantun tersebut. Jika dilihat secara menyeluruh,
pantun ini menggambarkan individu yang mengamalkan sikap suka membaca. Individu
yang suka membaca sudah pasti tidak akan buang masa dan menjadikan khutub
khanah atau perpustakaan sebagai tempat yang selalu dikunjungi untuk
mendapatkan bahan bacaan.
Rangkap ketiga (R3) juga menunjukkan kolokasi antoniman yang sama dengan pantun kedua iaitu kata ‘ayah’ dan ‘ibu’. Maksud pantun tersebut merujuk kepada ibu dan ayah yang banyak berkorban untuk ank-anak. Oleh sebab itu, kita mestilah membalas jasa mereka dengan sentiasa mencurahkan kasih saying yang tidak berbelah bahagi terhadap mereka.
Rangkap ketiga (R3) juga menunjukkan kolokasi antoniman yang sama dengan pantun kedua iaitu kata ‘ayah’ dan ‘ibu’. Maksud pantun tersebut merujuk kepada ibu dan ayah yang banyak berkorban untuk ank-anak. Oleh sebab itu, kita mestilah membalas jasa mereka dengan sentiasa mencurahkan kasih saying yang tidak berbelah bahagi terhadap mereka.
Setelah
pengkaji menghuraikan bahagian pembayang pantun yang mempunyai kolokasi
antoniman, kini pengkaji beralih kepada pantun keempat (4). Rangkap keempat (R4) mempunyai unsur
kolokasi antoniman pada bahagian makna. Hal ini dapat dilihat dengan jelas pada
baris ketiga iaitu perkataan ‘pemerintah’
dan ‘rakyat’. Secara tuntas, pantun
ini memberi peringatan bahawa pemerintah sesebuah negara yang bersikap dalam
pentadbiran dan pengurusan kebajikan akan sentiasa disayangi rakyat. Apabila
pemerintah disayangi rakyat, negara akan mudah mencapai keamanan dan
keharmonian.
Rangkap kelima (R5) pula menunjukkan
kolokasi antoniman terletak pada baris ketiga iaitu ‘dunia’ dan ‘akhirat’.
Kedua-dua perkataan ini terletak pada baris terakhir dan merangkap unsur makna
dalam pantun tersebut. Pantun tersebut bermaksud pemimpin yang adil sangat
dihormati oleh rakyat. Jika diihat daripad sudut keagamaan, pemimpin atau ketua
negaralah yang akan menyatupadukan semua
ahli yang dipimpinnya, berjalan seiring untuk sama-sama mengejar kemakmuran di
dunia dan akhirat.
‘Hulu’, ‘tepian’, ‘dahulu’, dan ‘kemudian’ merupakan contoh kolokasi
antoniman yang terdapat dalam rangkap
keenam (R6). Setiap satu perkataan tersebut berada pada hujung baris
pantun. Jika dipasangkan menjadi ‘hulu’ dan ‘tepian’, unsur antoniman akan
terbentuk. Begitu juga dengan perkataan ‘dahulu’ dan ‘kemudian’. Makna yang
wujud menunjukkan erti berlawanan. Secara keseluruhan, pantun ini mengingatkan
pembaca agar dalam mengerjakan sesuatu, jika ada sebarang kesusahan, kita
mestilah tenang dan tabah dalam menghadapi situasi tersebut. Kepayahan itulah
sebenarnya yang akan membawa kita kepada kesenangan kelak.
1.2 TAUTAN KOLOKASI KOHIPONIMAN
Kolokasi kohiponiman pula bermaksud keberadaan
hubungan makna unsur yang terangkum diperingkat superordinat dengan ordinatnya.
Ia boleh juga berpaut diperingkat superordinat dengan hiponim, atau termasuk
meronimi.
Dalam kata mudah, kolokasi kohiponiman boleh dikesan
melalui kata yang maknanya berpaut atau terangkum dalam makna kata yang lain.
Sebagai contoh, melur, ros, dan kekwa merupakan hiponim daripada bunga. Melalui
pantun yang dikaji, terdapat beberapa perkataan yang menunjukkan kolokasi kohiponiman:
(7)
Baju
kurung baju kebaya,
Baju kegemaran anak Pak Amat;
Harta dunia pengaruh manusia,
Harta yang baik harta akhirat.
Baju kegemaran anak Pak Amat;
Harta dunia pengaruh manusia,
Harta yang baik harta akhirat.
(8)
Disusun
kemas oleh si dara nyonya,
Sirih
junjung hantaran perkahwinan;
Jalankan kehidupan dengan rasionalnya,
Masa yang ada usah dipersiakan.
(9)
Songket
Jawa menjadi pilihan,
Pakaian anak Panglima Badang;
Emas dan perak hanya hiasan,
Hati yang baik juga dikenang orang.
Pakaian anak Panglima Badang;
Emas dan perak hanya hiasan,
Hati yang baik juga dikenang orang.
(10) Berulang alik ke Tanjong Malim,
Hendak berjumpa anak Pak Jalil;
Hidup di dunia janganlah zalim,
Ingatlah Tuhan yang Maha Adil.
Hendak berjumpa anak Pak Jalil;
Hidup di dunia janganlah zalim,
Ingatlah Tuhan yang Maha Adil.
Rangkap
ketujuh (R7) menunjukkan
kolokasi kohiponiman pada baris pertama pantun iaitu melalui kata ‘baju’ dan ‘kebaya’. Kita sedia maklum bahawa baju terdiri daripada pelbagai
jenis, contohnya baju kebaya, kurung, kemeja, dan sebagainya. Oleh hal yang
demikian, ‘kebaya’ merupakan hiponim daripada ‘baju’. Jika dilihat pada
keseluruhan makna pantun, pantun ini mengingatkan kepada pembaca bahawa harta
dunia seperti wang, pangkat, dan anugerah yang dimiliki boleh mempengaruhi
hidup seseorang. Namun, kita perlu sedar bahawa bukan harta dunia yang menjadi
ukuran kepada amalan kita di akhirat kelak. Harta akhirat seperti amal jariah,
anak yang soleh dan solehah, serta amal ibadatlah yang akan dinilai di hadapan
Tuhan.
Rangkap
kelapan (R8) pula
menunjukkan kolokasi kohiponiman pada baris kedua pantun iaitu melalui kata ‘sirih junjung’ dan ‘hantaran perkahwinan’. Kedua-dua
perkataan ini berada dalam bahagian pembayang pantun. Hantaran perkahwinan
mengikut adat melayu terdiri daripada sirih junjung, cincin, sepersalinan baju
Melayu atau kurung, dan sebagainya. Oleh sebab itu, ‘sirih junjung’ adalah
hiponim daripada ‘hantaran perkahwinan’. Makna keseluruhan pantun ini ialah
kita mestilah berfikiran rasional dalam menjalani kehidupan. Masa yang ada
mestilah digunakan untuk melakukan perkara yang berfaedah.
Tautan kolokasi kohiponiman dalam pantun seterusnya
pula berada pada baris ketiga iaitu bahagian makna. Rangkap kesembilan (R9) menunjukkan kolokasi kohiponiman pada kata
‘emas’, ‘perak’, dan ‘hiasan’.
Secara umumnya, hiasan boleh terdiri daripada emas, perak, gangsa, dan
sebagainya. Kolokasi kohiponiman boleh difahami dengan jelas menerusi contoh
tersebut. Bagi makna pantun pula, pantun ini bererti walaupun kita mempunyai
harta dan perhiasan yang banyak, diakhir hayat kita nanti, budi yang baik juga
yang akan dikenang.
Bagi rangkap pantun yang terakhir (R10), kolokasi kohiponiman dapat dilihat melalui kata ‘Tuhan’ dan ‘adil’. Kedua-dua perkataan ini terletak pada baris akhir pantun, merangkap unsur dalam bahagian makna. Dalam skop keagamaan, Tuhan mempunyai banyak sifat yang menunjukkan kebesaran-Nya seperti Maha adil, Maha melihat, Maha mengetahui, dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, ‘adil’ merupakan hiponim bagi ‘Tuhan’. Jika kita lihat pada keseluruhan pantun, mesej dalam pantun tersebut mengingatkan kita agar jangan melakukan kezaliman. Ingatlah bahawa Tuhan itu Maha adil, Dia akan membalas setiap perbuatan kita setimpal dengan apa yang kita lakukan.
Bagi rangkap pantun yang terakhir (R10), kolokasi kohiponiman dapat dilihat melalui kata ‘Tuhan’ dan ‘adil’. Kedua-dua perkataan ini terletak pada baris akhir pantun, merangkap unsur dalam bahagian makna. Dalam skop keagamaan, Tuhan mempunyai banyak sifat yang menunjukkan kebesaran-Nya seperti Maha adil, Maha melihat, Maha mengetahui, dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, ‘adil’ merupakan hiponim bagi ‘Tuhan’. Jika kita lihat pada keseluruhan pantun, mesej dalam pantun tersebut mengingatkan kita agar jangan melakukan kezaliman. Ingatlah bahawa Tuhan itu Maha adil, Dia akan membalas setiap perbuatan kita setimpal dengan apa yang kita lakukan.
1.3 TAUTAN KOLOKASI HASIL
Tautan kolokasi hasil membawa maksud tautan yang
melibatkan keberadaan makna unsur tautan yang satu menghasilkan yang lain, atau
antara unsur yang dihasilkan oleh sesuatu entiti semantik. Berikut merupakan
contoh tautan kolokasi hasil yang terdapat dalam pantun melayu.
(11) Satu dua tiga enam,
Enam dan satu jadi tujuh,
Buah delima yang ditanam,
Buah berangan hanya tumbuh.
Bagi Rangkap kesebelas (R11), tautan kolokasi
yang terdapat dalam pantun ini dapat dikenal pasti melalui kosa kata ditanam
dan tumbuh yang mempunyai keseimbangan makna daripada segi hasil. Kosa
kata ini terdapat pada baris ketiga dan keempat pantun ini. Maksudnya ialah
sebelum sesuatu pokok atau buah itu tumbuh, sudah semestinya pokok atau buah
tersebut perlu ditanam terlebih dahulu sebelum ianya tumbuh. Secara
keseluruhannya pantun ini
(12) Wahai anakanda kuntum pilihan,
Syarak dan sunnah jangan abaikan,
Berbuat baik janganlah segan,
Supaya engkau dirahmati Tuhan.
Seterusnya tautan kolokasi hasil juga terdapat dalam rangkap
kedua belas (R12) ini. Tautan kolokasi yang terdapat dalam pantun ini dapat
dikenal pasti melalui kosa kata berbuat baik dan dirahmati yang
mempunyai keseimbangan makna daripada segi hasil. Maksudnya ialah jangan segan
berbuat baik kerana kita akan dirahmati Tuhan. Jika kita berbuat baik, maka
hasilnya Tuhan akan merahmati kita.
(13) Anak teruna bertemu dara,
Pertemuan diatur oleh keluarga,
Hidup di Malaysia pelbagai budaya,
Kerjasama dibina membawa kesejahteraan.
Tautan kolokasi yang terdapat dalam rangkap ketiga
belas (R13) dapat dikenal pasti melalui kosa kata kerjasama dan kesejahteraan
yang mempunyai keseimbangan makna daripada segi hasil. Maksudnya untuk mencapai
sesuatu kesejahteraan dalam kehidupan, semangat kerjasama perlu diwujudkan
kemudian barulah kesejahteraan tercapai. Hal ini demikian kerana, Malaysia
mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan terdiri daripada pelbagai budaya. Jadi
amalan bekerjasama perlu dibina dalam kalangan masyarakat agar rakyat Malaysia
dapat hidup dalam keaadaan aman dan sejahtera.
(14) Berakit rakit ke hulu,
Berenang renang ke tepian,
Bersakit sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
Rangkap keempat belas (R14) juga menampakkan ciri kolokasi hasil, iaitu pada baris
ketiga dan keempat. Kedua-dua baris ini dilihat mempunyai kesinambungan
daripada segi hasil. Maksudnya, untuk mendapat kesenangan, kita perlu melalui
kepayahan terlebih dahulu kemudian barulah kita memperoleh kesenangan. Pantun
ini dicipta untuk tujuan memberi nasihat. Pantun ini menyuruh kita untuk
bersusah-susah belajar terlebih dahulu agar senang di kemudian hari dan bahagia
di masa depan.
(15) Mendung ialah suatu tanda
Hujan akan segera tiba
Dengarlah wahai anakanda
Ilmu adalah cahaya dalam jiwa
Seterusnya adalah pada rangkap kelima belas (R15).
Pantun ini juga mengandungi tautan kolokasi hasil. Tautan kolokasi yang
terdapat dalam pantun ini dapat dikenal pasti melalui kosa kata mendung
dan hujan yang mempunyai keseimbangan makna daripada segi hasil.
Maksudnya sebelum hujan turun, cuaca akan mendung tersebih dahulu dan diikuti
dengan turunnya hujan. Secara keseluruhannya, pantun ini bertujuan untuk
memberi nasihat berkaitan ilmu. Ilmu yang diperolehi atau dipelajari akan
menjadi cahaya dalam jiwa seseorang.
1.4 TAUTAN KOLOKASI SIFAT
Tautan kolokasi sifat merujuk kepada keberadaan
hubungan makna unsur tautan yang menjadi punca sifat dengan unsur sifat atau
unsur sifat daripada entiti punca sifat. Berikut merupakan contoh tautan
kolokasi sifat yang terdapat dalam pantun melayu.
(16) Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Pantun keenam belas (R16) ini mempunyai tautan kolokasi sifat, iaitu pada baris
pertama dan baris kedua. Contoh di atas menunjukkan sifat padi setelah masak,
iaitu layu-layuan. Maka hasil daripada menuai padi yang telah masak ialah padi
tersebut akan layu. Secara keseluruhannya, pantun ini
(17) Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Pantun ketujuh belas (R17) ini juga mempunyai tautan kolokasi sifat. Contoh
dalam pantun ini menunjukkan resmi padi, iaitu apabila semakin berisi,
padi tersebut akan semakin tunduk. Padi yang semakin menunduk merupakan
hasil apabila padi tersebut semakin berisi, maka padi yang semkin berisi
merupakan kolokasi sifat yang terdapat dalam pantun di atas. Pantun ini menyeru
supaya kita sentiasa merendah diri.
(18) Ke hulu
membuat pagar,
Jangan terpotong batang durian;
Cari guru tempat belajar,
Supaya jangan sesal kemudian.
Pantun kelapan belas (R18) memperlihatkan tautan kolokasi sifat, iaitu pada
baris ketiga pada perkataan guru dan tempat belajar. Hal ini
demikian kerana guru merupakan tempat belajar bagi seseorang pelajar. Secara
keseluruhannnya pantun ini mengingatkan kita untuk mencari guru kerana guru
merupakan tempat untuk kita belajar dan menimba ilmu pengetahuan supaya tidak
kesal dikemudian hari kelak.
(19) Dari
apa kue lemang,
Dari ketan yang dipanggang,
Waktu kecil kita ditimang,
Ayah Ibu harus disayang.
Seterusnya ialah pada rangkap yang kesembilan belas
(R19). Pantun ini juga memperlihatkan tautan kolokasi sifat. Kita dapat
lihat melalui kosa kata kecil dan ditimang yang terdapat pada
baris ketiga pantun ini. Hal ini dapat dilihat melalui sifat manusia, iaitu
semasa kita kecil, kita ditimang-timang oleh ibu bapa kita. Pantun ini
sebenarnya meningatkan kita untuk menyayangi kedua ibu bapa kita kerana ketika
kita kecil, mereka menjaga kita dengan penuh kasih sayang.
3.0 ANALISIS
KUANTITATIF ASPEK KOLOKASI DALAM PANTUN MELAYU
Analisis
kuantitatif ini berdasarkan bilangan rangkap pantun yang mengandungi unsur
kolokasi mengikut jenis kolokasi.
Jadual 1.0 Bilangan
Rangkap Pantun Mengandungi Unsur Kolokasi
Kolokasi
|
||
Kolokasi Antoniman
(TK1)
|
R1, R2, R3, R4, R5,
R6
|
6
|
Kolokasi Kehiponiman
(TK2)
|
R7, R8, R9. R10
|
4
|
Kolokasi Hasil (TK3)
|
R11, R12, R13, R14,
R15
|
5
|
Kolokasi Sifat (TK4)
|
R16, R17,R18, R19
|
4
|
Jumlah
|
19
|
Carta
Pai yang menunjukkan bilangan rangkap mengikut jenis kolokasi.
Berdasarkan Jadual 1.0 dan Carta 1.0, didapati
bahawa tautan kolokasi antoniman mempunyai jumlah yang paling banyak digunakan
dalam pantun melayu yang dikaji iaitu 6 atau 32%. Kemudian diikuti oleh tautan
kolokasi hasil dengan jumlah sebanyak 5 rangkap atau 26%. Manakala yang agak
sedikit digunakan ialah tautan kolokasi kehiponiman dankolokasi sifat.
Kedua-dua jenis kolokasi tersebut hanya terdapat pada 4 rangkap dalam Pantun
Melayu sahaja dengan peratusan 21%.
Jumlah penggunaan kolokasi antoniman dan kolokasi
hasil tidak begitu banyak bezanya. Namun, penggunaan kolokasi antoniman
melebihi satu rangkap berbanding kolokasi hasil dalam Pantun Melayu. Hal ini
menunjukkan penulis banyak menggunakan kata-kata atau unsur yang bertentangan dan berlawanan makna. Contohnya,
unsur antoniman pada R1 ini
menunjukkan antonim berpasangan iaitu teruna dan dara. Penulis juga kerap
menggunakan kolokasi hasil namun jumlahnya lebih sedikit daripada kolokasi
antoniman. Kolokasi hasil ini merujuk kepada perbuatan yang kita lakukan dan
hasil atau balasannya kita dapat kemudian. Contohnya dapat dilihat pada R11;
Buah delima yang
ditanam,
Buah berangan
hanya tumbuh
Perkataan ditanam merujuk kepada perbuatan dan
perbuatan ditanam tersebut diikuti oleh tumbuh sebagai hasilnya.
Tautan ini melibatkan keberadaan makna unsur tautan yang satu menghasilkan
unsur yang lain.
Persamaan jumlah penggunaan kolokasi kehiponiman dan
kolokasi sifat dapat kita lihat berdasarkan jadual dan carta di sebelah.
Penulis jarang menggunakan unsur kolokasi kehiponiman dan kolokasi sifat dalam
Pantun Melayu. Unsur kolokasi kehiponiman dan kolokasi sifat masing-masing
hanya digunakan sebanyak 4 kali sahaja. Tautan jenis ini, merujuk kepada kata
yang makna nya terangkum dalam makna kata yang lain. Hal ini berlaku apabila
ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan lain.
Contohya pada R9, Emas dan perak hanya hiasan. Hiasan merupakan kata yang luas dan umum, manakala emas dan perak merupakan dua perkataan dalam golongan hiasan. Kolokasi sifat
hanya meliputi 21% daripada keseluruhan peratusan kekerapan penggunaan kolokasi
mengikut jenis. Hal ini kerana penulis tidak fokus kepada sifat sesuatu unsur
yang digunakan. Unsur tersebut banyak digunakan dalam Pantun Melayu, tetapi
tidak diberikan sifatnya. Penulis tidak menggunakan tautan ini yang melibatkan
kehadiran kata yang berlainan mewujudkan hubungan makna sifat, iaitu antara
entiti dengan sifatnya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat
banyak penggunaan tautan kolokasi yang digunakan di dalam pantun Melayu.
Seperti yng sedia maklum kita hanya mendapati bahawa selama ini tautan kolokasi
hanyalah terdapat di dalam cerpen mahupun mantera sahaja, akan tetapi pada kali
ini kumpulan kami telah membuktikan bahawa pengarang pantun Melayu juga ada
menggunakan tautan kolokasi di dalam karya-karya mereka misalnya pantun Melayu
yang dibuktikan dengan analisis yang telah dibuat tersebut.
Selain itu kumpulan kami hanyalah
menganalisi empat sahaja tautan kolokasi pada pantun Melayu ini iaitu terdiri
daripada tautan kolokasi antoniman. Kohiponiman, hasil dan sifat. Keempat
kolokasi ini sememnya terdapat di dalam pantun Melayu ini. Dengan adanya
analisis ini dibuat maka kami menegaskan disini bahawa unsur-unsur tautan
kolokasi seperti tautan kolokasi antoniman, kohiponiman, hasil dan juga sifat
ini ada digunakan dalam pantun Melayu bukan sahaja digunakan dalam cerpen
mahupun mantera sahaja.
BIBLIOGRAFI
Mohd.
Rashid Md Idris,
Norliza Jamaluddin, Abu
Hassan Abdul &
Adenan Ayob (2012).
Analisis wacana berdasar teks komsas terpilih. Perak: Emeritus
Publication.
Mohd.
Rashid Md Idris,
Norliza Jamaluddin, Abu
Hassan Abdul &
Adenan Ayob (2012).
Tatabahasa wacana. Perak: Emeritus Publication.
Mohd.
Rashid Md Idris
(2007). Monograf bahasa Melayu . Kuala
Lumpur:
ACH
Communications Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim,
Farid M. Onn,
Hashim Hj. Musa
& Abdul Hamid
Mahmood (2010).
Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Noraini Binti Kasim (2003), Aspek tautan dalam
dokumen lama. Diperoleh pada April 20, 2016
daripada http://www.academia.edu/6281797/ASPEK_TAUTAN_DALAM_
DOKUMEN_LAMA.
Nota
tautan. Diperoleh pada
April 20, 2016
daripada http://documents.tips/documents/nota-
tautan.html.
Sanat
Md. Nasir (2002).
Tautan dalam wacana
bahasa Melayu akhbar.
Kuala Lumpur:
Dewan
Bahasa dan Pustaka.
LAMPIRAN
(1) Anak teruna bertemu
dara,
Pertemuan diatur oleh
keluarga;
Hidup di Malaysia
pelbagai budaya,
Kerjasama dibina
membawa kesejahteraan.
(2) Anak muda pulang ke
desa,
Ibu dan ayah lama
menanti;
Warga membaca tak buang
masa,
Khutub khanah teman
sejati.
(3) Dari apa kue
lemang,
Dari ketan yang
dipanggang;
Waktu kecil kita
ditimang,
Ayah ibu harus
disayang.
(4) Silau mata bila
melihat,
Panahan mentari di pagi
hari;
Pemerintah adil
disayangi rakyat,
Negara aman hidup
harmoni.
(5) Sungguh bermutu
kayu jati,
Menjadi pilihan segenap
masyarakat;
Pemimpin adil sangat
dihormati,
Memakmurkan ummah dunia
dan akhirat.
(6) Berakit rakit ke
hulu,
Berenang renang ke
tepian;
Bersakit sakit dahulu,
Bersenang-senang
kemudian.
(7) Baju kurung baju
kebaya,
Baju kegemaran anak Pak
Amat;
Harta dunia pengaruh
manusia,
Harta yang baik harta
akhirat.
(8) Disusun kemas oleh
si dara nyonya,
Sirih junjung hantaran
perkahwinan;
Jalankan kehidupan
dengan rasionalnya,
Masa yang ada usah
dipersiakan.
(9) Songket Jawa
menjadi pilihan,
Pakaian anak Panglima
Badang;
Emas dan perak hanya
hiasan,
Hati yang baik juga
dikenang orang.
(10) Berulang alik ke
Tanjong Malim,
Hendak berjumpa anak
Pak Jalil;
Hidup di dunia
janganlah zalim,
Ingatlah Tuhan yang
Maha Adil.
(11) Satu dua tiga
enam,
Enam dan satu jadi
tujuh;
Buah delima yang
ditanam,
Buah berangan hanya
tumbuh.
(12) Wahai anakanda
kuntum pilihan,
Syarak dan sunnah
jangan abaikan;
Berbuat baik janganlah
segan,
Supaya engkau dirahmati
Tuhan.
(13) Anak teruna
bertemu dara,
Pertemuan diatur oleh
keluarga;
Hidup di Malaysia
pelbagai budaya,
Kerjasama dibina
membawa kesejahteraan.
(14) Berakit rakit ke
hulu,
Berenang renang ke
tepia;,
Bersakit sakit dahulu,
Bersenang-senang
kemudian.
(15) Mendung ialah
suatu tanda,
Hujanakan segera tiba;
Dengarlah wahai
anakanda,
Ilmu adalah cahaya
dalam jiwa.
(16) Tuai padi antara masak,
Esok jangan
layu-layuan;
Intai kami antara
nampak,
Esok jangan
rindu-rinduan
(17) Air melurut ke
tepian mandi,
Kembang berseri bunga
senduduk;
Elok diturut resmi
padi,
Semakin berisi semakin
tunduk.
(18) Ke hulu membuat
pagar,
Jangan terpotong batang
durian;
Cari guru tempat
belajar,
Supaya jangan sesal
kemudian.
(19) Dari apa kue
lemang,
Dari ketan yang
dipanggang;
Waktu kecil kita
ditimang,
Ayah Ibu harus
disayang.
Langgan:
Catatan (Atom)