Jumaat, 29 April 2016

Penanda Wacana Dalam Teks


Berikut juga merupakan salah satu tugasan individu dalam kursus ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca. 

Fungsi Penanda Wacana

Penanda wacana ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda wacana dapat dikategorikan kepada empat jenis pula, iaitu maksud tambahan, maksud tentangan, maksud musabab, dan maksud tempoh.
         Di dalam tugasan kali ini saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai fungsi-fungsi penanda wacana di dalam ayat iaitu menunjukkan maksud tambahan, maksud tentangan, maksud musabab, dan maksud tempoh.

1.      Penanda wacana menunjukkan maksud tambahan
Penanda wacana yang menunjukkan maksud tambahan merupakan penghubung yang memberikan   maklumat   tambahan   kepada   sesuatu   perkara   yang   telah   diperkatakan sebelumnya. Antara penanda jenis ini ialah;
v  Dan
v  Lalu
v  Demikian juga
v  Dengan kata lain
v  Oleh itu
v  Dengan demikian
v  Selain itu
v  Selanjutnya
v  Disamping itu
v  Sigkatnya
v  Tambahan pula
v  Malahan
v  Lebih-lebih lagi

Berikut adalah contoh-contoh ayat yang menggunakan penanda wacana menunjukkan maksud tambahan dalam ayat
                            i.     Setiap hari dalam musim tengkujuh sekarang ini hujan sahaja. Hari ini, hujan yang turun
                   sejak waktu subuh tadi bukannya reda, malahan lebih lebat.
                           ii.     Membaca merupakan suatu amalan yang baik jika di amalkan. Selain itu, membaca juga
                    dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang.
                           iii.  Guru besar menyampaikan ucapan dan kata alu-aluan. Selanjutnya, beliau merasmikan
                   majlis tersebut.
Dalam ayat tersebut penanda wacana merujuk kepada maksud tambahan berfungsi menggabungkan maklumat yang baharu dengan maklumat yang lama seperti yang terdapat di dalam ayat tersebut.
2.      
      Penanda Wacana Untuk Menunjukkan maksud Tentangan atau Sebaliknya.
Penanda Wacana  tentangan  pula  ialah penghubung wacana yang menunjukkan  wujudnya pertentangan  maklumat antara satu maklumat yang baharu dengan   maklumat sebelumnya dalam wacana yang sama. Contoh penanda wacana untuk menunjukkan maksud tentangan atau sebaliknya ialah;
v  Tetapi
v  Sungguhpun
v  Walaupun
v  Walau bagaimanapun
v  Namun demikian
v  Sekiranya tidak
v  Berbanding dengan
v  Berbeza daripada
v  Melainkan
v  Jika dibandingkan
v  Sekiranya tidak
v  Sebaliknya dalam masa yang sama
Berikut adalah contoh-contoh ayat yang menggunakan penanda wacana menunjukkan maksud tentangan atau sebaliknya.
                                    i. Dia sudah tiga bulan berhenti merokok. Namun, sekali-sekala, apabila melihat rakan-rakan
                    sepejabatnya merokok, terasa ingin kembali ia hendak menghisapnya.
                                 ii. Pihak Kementerian Kesihatan sering mengeluarkan panduan serta langkah-langkah pencegahan           jangkitan penyakit kronik kepada orang ramai dari semasa ke semasa.Walau bagaimanapun,             sebilangan orang ramai masih lagi memandang sepi akan usaha ini.
   
Ayat diatas menunjukkan bahawa perkataan “namun” dan “walau bagaimanapun” untuk menghubungkan ayat tunggal dan ayat majmuk. Secara yang lebih muda, perkataan diatas menunjukkan pembentukan seperti berikut.
Ayat tunggal:  Dia sudah tiga bulan berhenti merokok.
Ayat   majmuk:   Sekali-sekala,   apabila   melihat   rakan-rakan   sepejabatnyamerokok, terasa ingin kembali ia hendak menghisapnya.

Penanda wacana: namun
Ayat tunggal:  Sebilangan orang ramai masih lagi memandang sepi akan usahaini.
Ayat gabungan:  Pihak Kementerian Kesihatan sering mengeluarkan panduanserta langkah-langkah pencegahan   jangkitan penyakit  kronik  kepada orangramai dari semasa ke semasa

Penanda Wacana : Walau bagaimanapun
3.      Penanda wacana untuk menunjukkan sebab
Penanda wacana penghubung musabab ialah penanda wacana yang merupakan sebabberlakunya sesuatu. Contoh penanda wacana jenis ini ialah;


v  Jadi
v  Oleh itu
v  Kerana itu
v  Oleh sebab itu
v  Oleh hal yang demikian
v  Akhirnya
v  Akibatnya
v  Sebagai akibat
v  Akibat daripada
v  Kesudahannya
v  Hasil daripada
v  Inilah sebabnya
v  Berdasarkan
v  Berasaskan
v  Bagi tujuan ini
v  Kerana
v  Oleh sebab
v  Sekiranya begitu
v  Dalam keadaan ini
v  Kesimpulannya
v  Keputusannya
v  Rumusan daripada


Berikut adalah contoh-contoh ayat yang menggunakan penanda wacana menunjukkan sebab. Contohnya: 

        i.            Bahasa   Melayu   termaktub   dalam   perlembagaan   sebagai   bahasa   kebangsaan   danbahasa rasmi negara. Oleh yang demikian, kita harus tidak ragu-ragu menggunakanbahasa tersebut dalam semua bidang dan urusan.

      ii.            Semua pihak harus menyahut seruan Perdana Menteri agar berjimat serta berhematberbelanja. Dengan ini, kegiatan penabungan wang dapat dibuat.

    iii.            Sebelum memulakan perjalanan, kita patut memastikan kenderaan dalam keadaan baik.   Ketika   memandu   kenderaan,   wajarlah   memandunya   dengan   cermat   sertamematuhi arahan trafik daripada papan tanda jalan raya. Maka itu, kemalangan dapatdielakkan dan jiwa kita selamat

Ayat i.
kita   harus   tidak   berasa   ragu-ragu   untuk menggunakan bahasa Melayu dalam semua bidang dan urusan kerana jaminan bahawa bahasa Melayu itu sudah termaktub dalam perlembagaan, yakni telah diangkat sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara.
Ayat ii.
kegiatan penabungan wang dapat dibuat jika semua pihak berbelanjasecara cermat dan berhemat menurut saranan Perdana Menteri.
Ayat iii.
kemalangan jalan raya dapat dielakkan dan jiwa akan selamat kerana kita memandu kenderaan dengan cermat, mematuhi papan tanda jalan raya, serta kenderaan yang digunakan berkeadaan baik. Maka menjadi penanda penghubung musabab dalam ayat ini.
4.      Penanda Wacana Yang menunujukkan Maksud Ketika atau tempoh.
Penanda penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu perkara atau hal. Contoh penanda wacana jeni ini ialah;

v  Selepas itu
v  Berikutan itu
v  Pada ketika itu
v  Pada masa ini
v  Kini
v  Pada masa yang sama
v  Seterusnya
v  Sejurus selepas itu
v  Akhirnya
v  Pada mulanya
v  Pertamanya
v  Pada zaman
v  sementara
v  dengan serta-merta
v  sejenak selepas itu
v  lama-kelamaan
v  buat kali terakhir
v  pada kali kedua
v  sementara itu
v  pada saat ini
v  kemudiannya
v  sebagai permulaan
v  sebagai pendahuluan
v  sebagai penutup
v  merujuk kepada


        i.            Pertama selekoh di situ sungguh berbahaya, kedua papan tanda amaran telah tiada lagi, dan ketiga jalan rayanya licin.

      ii.            Apabila dilihat oleh mereka guru disiplin sekolah tiba, maka semua murid yang berbuat bising itu segera diam.

    iii.            Mula-mula dikepalnya ubi tumbuk ini kecil-kecil, kemudian dimasukkannya kedalam mulut, lalu dikunyahnya lumat-lumat, akhirnya ditelannya dengan cermat.

Maklumat yang dipaparkan dalam ayat (i) – (iii) digabungkan secara berurutan satu demi satu dengan menggunakan penanda urutan lalu membentuk gabungan ayat yang utuh dan bermakna.
Dalam ayat (i), maklumat-maklumat tentang selekoh berbahaya, papan tanda amaran dan jalan raya licin digabungkan dengan menggunakan penanda tempoh pertama, kedua dan ketiga.
Dalam ayat (ii) pula, penanda wacana tempoh maka menggabungkan maklumat urutan masa murid-murid melihat guru disiplin sekolah tiba, dengan masa tindakan murid-murid segera diam.
Ayat ke iii pula, memaparkan dan menggabungkan urutan maklumat secara tersusun satu demi satu, iaitu bermula dari ubi tumbuk itu dikepal, dimasukkan ke dalam mulut,dikunyah hinggalah kepada tindakan yang terakhir, iaitu menelannya dengan cermat, dengan menggunakan   penanda   wacana   penghubung   tempoh   kemudian,   lalu,   dan   akhirnya.


BIBLIOGRAFI


Andri Wicasono dan Ahmad Subhan Roza. (2015). Teori Pembelajaran Bahasa (Suatu 
          Catatan Singkat). Yogyakarta. Penerbit Garudhawaca.

Asmah Haji Omar. (2008). Nahu Kemas Kini Panduan Bahasa Yang Baik. Kuala Lumpur.
          Publishing Sdn Bhd.

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul dan Adenan Ayob.(2012).
          Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim Perak. Emeritus Publications.

Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood.(2008).
          Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Masri.(1997). Tatabahasa Melayu. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan